IZANI SA'ARI MEDICAL CARD FAMILY TERMURAH

Perkongsian Seorang Sahabat

JOM KITA BACAKAN PERKONGSIAN SEORANG SAHABAT INI

Kejadian ini berlaku pada 1 Mei 2013 baru-baru ni..Anak ku telah mengalami demam yang pada mula nya aku dan isteri mengganggapnya sebagai demam biasa seperti sebelum ini..Jadi aku telah membawanya ke klinik biasa..Doktor yang memeriksa menyatakan anak aku hanya menghidap demam biasa.Jadi selepas membayar kos perubatan sebanyak RM 28, aku pun pulang ke rumah..Seperti biasa, di rumah anak aku akan diberikan ubat supaya cepat sembuh...




          Akan tetapi pada keesokkan pagi aku mendapati badan anak ku semakin panas..Dia mula menjadi tidak berdaya...Aku dan isteri mula gelisah..nak kata tak makan ubat mustahil..Sebab memang aku yang bagi dia makan mengikut aturan yang doktor berikan..Maka aku mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital..Dalam perjalanan ke hospital, isteri aku mencadangkan pergi ke hospital kerajaan, tapi aku berkeras membawa anak ke hospital swasta..Ye la dah ada kad medik kenapa tidak digunakan..Lagipun dengan keadaannya yang lemah dan tak bermaya aku risau kalau pergi hospital kerajaan lambat pulak mendapat rawatan..Orang ramai kita tak boleh salahkan hospital..

Oleh itu aku terus memacu kereta ke Putra Specialist Hospital...Sampai di sana selepas menyelesaikan urusan pendaftaran aku diminta menunggu..tak sampai 10 minit anak ku telah dipanggil berjumpa doktor..Kali ini doktor yang memeriksa mengesahkan anak aku telah menghidap demam panas dengan suhu 40 darjah..Doktor telah melakukan imbasan pada telinga, hidung, mulut dan mendapati semuanya kemerah-merahan..jadi doktor menyarankan anak aku dimasukkan ke wad untuk rawatan seterusnya..Perkara pertama yang ditanya oleh doktor tersebut selepas mengesahkan anak ku perlu ditempatkan di Wad ialah  ADA INSURANS TAK?

          Jadi sebelum ditempatkan di wad, aku diminta membayar deposit sebanyak RM300 sebagai cagaran menggunakan kad medik..Masa 2 aku x bawa cash so x dapat la nak bayar..Jadi aku mendaftar wad dahulu kemudian bila2 masa atau sebelum keluar wad perlu menjelaskannya..Kemudian aku pergi melihat doktor mengambil darah anak ku untuk diuji bagi memastikan tiada sebarang jangkitan kepadanya..Najis, air kencing semuanya diuji..

          Alhamdulilah, selepas tiga hari mendapat rawatan di wad dengan lawatan doktor 2-3 kali sehari di hospital tersebut anak ku telah dibenarkan keluar..Kebetulan esok adalah PRU13..jadi boleh la aku mengundi dengan tenang..Anak pun dah sihat kan....Kemudian aku telah diminta oleh jururawat bagi menyelesaikan urusan sebelum keluar wad..Antaranya menyelesaikan bayaran dan mengambil ubat serta mendapatkan tarikh bagi rawatan susulan..Disebabkan anak ku keluar pada hari sabtu maka pihak hospital belum mendapat pengesahan daripada pihak insurans mengenai amaun yang ditanggung..Jadi aku diminta menunggu pengesahan atau jika hendak pulang cepat perlu meninggalkan deposit RM300..Jadi aku pun tinggalkan deposit , ambil ubat terus pulang ke rumah..

          Pada hari Isnin, 6 Mei 2013 aku menelefon pihak hospital bertanyakan bil..Pihak hospital memaklumkan aku hanya perlu menjelaskan RM 52 sahaja untuk bil sebanyak RM2344..Yang lainnya ditanggung oleh pihak AIA Takaful...Jadi mereka meminta aku ke hospital untuk mengambil lebihan deposit yang aku tinggalkan sebanyak RM 248..Kos yang tidak ditanggung oleh pihak takaful adalah gov.tax =RM12 dan pendaftaran wad RM 40..

          Jadi disebabkan anak aku mengalami proses hospitalisasi, maka claim yang dibenarkan oleh pihak takaful adalah 60 hari sebelum hospitalisasi..Maka RM28 yang aku bayar di klinik boleh claim..Seterusnya pihak takaful membenarkan claim bagi rawatan susulan selepas keluar wad selama 120 hari..Jadi aku pun menyediakan dokumen2 yang diperlukan untuk claim rawatan susulan ini....Sekian.....



                                              Resource : Mirzashahril.blogspot.com

Demi Zuriat Yang Tersayang

Kenapa kita menginsuranskan hanya untuk kita tapi tidak pada anak???

Kita sayang mereka, kita pimpin tangan mereka jika keluar, takut jika mereka hilang atau berlaku sebarang yang tak di ingini.

Kita mampu beli barang-barang mahal, tapi kita tidak sanggup untuk mengadakan perlindungan kepada mereka. 

Saya yakin anda semua adalah ibu bapa yang bagus dan mahukan yang terbaik untuk keluarga mahupun anak-anak anda.

Hubungi saya hari ini!!


Perunding Takaful Mesra Anda.

Muhammad Izani Bin Sa'ari


SMS/Call/Whatsapp : 013-4677729
Email                    : izani.aia@gmail.com
Pages                   : Insurans Takaful AIA
Blog                     : insuranstakafulaia.blogspot.com
Website                : aiapublic.com.my






No comments:

Post a Comment