Pelan SMI ( Small Medium Insurans)
Salam mesra kepada pelanggan yang dihormati!!
Satu lagi produk AIA Public Takaful yang terkenal dan kian di minati oleh pemilik-pemilik syarikat iaitu Plan SMI (Small Medium Insurans) khas untuk perlindungan para pekerja terutama manfaat pekerja dalam industri kecil dan sederhana yang mempunyai 5-100 orang pekerja. Ianya merangkumi semua keperluan manfaat dan perubatan pekerja anda, menyediakan perlindungan maksimum untuk keadaan yang tidak di jangka seperti kematian/kehilangan upaya, penyakit kritikal, dan kos perubatan yang makin meningkat.
Kini pekerja anda layak menerima rawatan perubatan sebanyak RM10,000 – RM100,000 setiap tahun (bergantung jumlah caruman) di klinik panel AIA Public Takaful sebagai pesakit luar atau kemasukan hospital pakar (rujukan dari klinik panel). Majikan juga boleh mencarum pekerja beserta keluarga dengan plan yang berpatutan.
Syarikat yang menginsuranskan dan melindungi pekerja mereka adalah sebuah syarikat yang prihatin terhadap kebajikan pekerja mereka. Sebagai majikan, anda tentu sedar bahawa pekerja anda adalah nadi utama syarikat bukan? Pekerja adalah nadi kepada sesebuah organisasi, ianya juga amat penting dalam memastikan kesetiaan pekerja kepada syarikat.
Tax exemption for staff insurance!!!
Jika di lihat pada scenario sekarang, banyak syarikat yang di kenakan cukai tahunan yang tinggi di tambah lagi dengan pengiraan GST berdasarkan keuntungan yang di tunjukkan di dalam audited report mereka. Salah satu cara untuk pengurangan cukai ini adalah dengan menginsuranskan staff-staff anda. Daripada anda membayar cukai yang tinggi kenapa tidak anda menginsuranskan pekerja-pekerja anda.
Berikut adalah manfat-manfaat bagi pelan SMI.
Manfaat Asas Perubatan
Kemasukan Hospital- Kami menyediakan pelan kemasukan hospital untuk penjagaan para pekerja anda. Terdapat 4 pelan mampu milik yang menarik dengan had keseluruhan tahunan bermula dari RM10,000 hingga ke RM100,000. Ia dapat memberi anda pilihan untuk menyediakan pelan yang paling sesusia untuk pekerja anda.
Manfaat Asas Takaful Bertempoh Kumpulan
Manfaat Takaful Bertempoh- Manfaat ini memberi perlindungan kewangan kepada para pekerja anda sekiranya berlaku kematian yang tidak dijangka.
Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh- Sekiranya pekerja anda hilang upaya disebabkan oleh kecederaan atau penyakit, bayaran manfaat daripada manfaat ini dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pada masa tersebut.
Kehilangan Upaya Kekal Sebahagian- Manfaat ini akan dibayar mengikut Skala Pampasan sekiranya berlaku kehilangan upaya kekal sebahagian yang disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.
Manfaat Perubatan Pilihan
Penjagaan Pesakit Luar- Rider ini memberi perlindungan perubatan pesakit luar bagi kedua-dua klinik panel GP dan pakar. Dengan menyertai rider ini, pekerja anda (dan tanggungannya, jika ada) akan menikmati kemudahan penjagaan perubtan pesakit luar yang berkualiti. Berserta pelan kemasukan ke hospital, pekerja anda akan menikmati perlindungan penjagaan kesihatan yang komprehensif.
Manfaat Takaful Bertempoh Kumpulan Pilihan
Penyakit Kritikal- Penyakit yang serius boleh menyebabkan beban kewangan kepada pekerja anda. Selepas diagnosis penyakit kritikal, manfaat akan dibayar untuk membantu mengurangkan beban kewangan.
Manfaat Lain
- Akses untuk penjagaan perubatan tanpa bayaran tunai
- Rangkaian pembekal perubatan
- Pusat Panggilan 24 jam
- Pelan yang fleksibel
- Perkongsian lebihan
Sekiranya anda Owner/Director/Human Resource Department dan
berminat untuk mendapatkan insurans bagi pekerja-pekerja anda. Boleh hubungi
saya untuk sebarang pertanyaan.
Hubungi saya untuk maklumat saya :
Muhammad
Izani Bin Sa’ari
Call/Sms/Whatsapp
: 013-4677729
Email : izani.aia@gmail.com
Facebook :
aiapublictakafulbyizani
Blog :
izanisaari-aia.blogspot.com
Website :
www.aiapublic.com.my
