Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Adilkah jika kita berada di bawah pokok yang teduh dan dingin sedangkan isteri serta anak-anak berpanas hujan?
Adilkah kita membiarkan isteri meniti jambatan dengan kayu yang reput sedangkan kita menggunakan jambatan konkrit yang di hias indah?
Adilkah kita jika suami/isteri dan anak-anak berjalan kaki sedangkan kita menaiki kereta yang mewah?
Jika sakit, adilkah pasangan dan anak-anak meminta bantuan orang sedangkan kita hanya menunjukkan kad sahaja?
Adilkah kita duduk di bilik yang mewah dan di layan dengan baik sedangkan anak dan pasangan terpaksa duduk bersesak dengan orang ramai dan terpaksa menunggu lama?
Adilkah kita meninggalkan isteri tanpa ada sebarang harta atau bekalan untuk mereka meneruskan hidup? Malahan makin derita kerana menanggung segala hutang yang kita tinggalkan?
Adilkah kita??
HADITH RIWAYAT IBNU MAJAH
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia”
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia”
HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
SURAH AL-MAIDAH, ayat 2
“Dan tolong menolonglah kamu pada perkara kebaikan dan janganlah bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang menimbulkan permusuhan”
“Dan tolong menolonglah kamu pada perkara kebaikan dan janganlah bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang menimbulkan permusuhan”
No comments:
Post a Comment