IZANI SA'ARI MEDICAL CARD FAMILY TERMURAH

Konsep Menderma Dalam Takaful

Konsep Menderma Dalam Takaful

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya ingin membicarakan perihal konsep menderma dalam Takaful. Saya rasa ini penting kerana sangat minoriti yang berniat untuk derma di sebalik caruman yang di bayarkan kerana ianya umpama unseen investment. Saya juga seperti anda sebelum saya menyertai industri Takaful. Kalau boleh nak skip jer bayar bulan tu kan sebab ada perihal yang lebih penting. 

Tapi bila di fikirkan balik, xrugi pon bayar. Duit tu boleh di jadikan simpanan dan in case kalau jadi apa-apa  boleh claim. Zaman sekarang nie insurans begitu penting dan boleh di anggap kan sebagai suatu kewajipan bagi setiap individu. Yelah sekarang mungkin sihat, tapi oneday kalau Allah nak tarik kejap jer di tambah lagi dengan gaya hidup yang tidak sihat sekarang. 

Mengikut laporan statistik yang di keluarkan pada tahun 2012.


Setiap 6 orang lelaki di Malaysia, 1 orang meninggal dunia akibat sakit jantung...Setiap 19 orang wanita, 1 orang suffer breast cancer..



Ok. Tahukah anda apa yang di maksudkan dengan Takaful & Tabarru??

Takaful adalah konsep berasaskan fiqh-muamalat berlandaskan syariah islam. Sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.
Keistimewaan Takaful ialah amalan Takaful yang bebas daripada sebarang:
  • Unsur Riba (faedah)
  • Maisir (perjudian)
  • Gharar (tidak jelas)
  • Berlandaskan Perbankan Islam
Konsep tabarru' atau derma pula adalah sesuatu yang diberikan tetapi tidak memerlukan imbuhan balasan kebendaan seperti imbuhan balasan di dalam sesuatu kontrak perniagaan sering dijadikan alasan untuk menyatakan menyertai takaful merupakan satu kerugian. 

Sebenarnya, apabila kita menderma maka sudah tentu ganjaran pahala yang kita tagihkan di samping niat bahawa sumbangan derma itu untuk sama-sama membantu peserta takaful termasuk kita apabila terkena sesuatu musibah. InsyaAllah, jika caruman bulanan untuk insurans takaful anda jika di niatkan untuk menderma. Allah akan lipat gandakan rezeki kita. 

"Menderma ibarat kita memancing ikan, umpan yang kita letak di mata kail tu kecik jer tapi ikan yang kita dapat berganda-ganda dari saiz umpan tersebut" 
Kepada masyarakat Islam terutama, ayuhlah bertukar ke takaful. Takaful merupakan instrumen yang berlandaskan syariah berbanding instrumen yang berlandaskan sistem konvensional yang berasaskan riba. Ia juga dapat menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam tentang keperluan kepada pengurusan risiko dalam kehidupan harian mereka termasuk melindungi hayat, kemalangan, kesihatan, cacat kekal dan tabung pendidikan.

Takaful bukan sahaja untuk masyarakat islam. Malah masyarakat yang bukan beragama islam juga telah memilih takaful berbanding konvesional. Mereka lebih cenderung memilih takaful kerana konsepnya bercirikan tolong menolong dan bersedekah. Malah, mereka juga mempunyai pengetahuan yang luas mengenai kepentingan takaful berbanding masyarakat islam itu sendiri.


No comments:

Post a Comment