Semakin Besar Komitmen, Semakin Kita Perlukan Insurans
Di ruangan ini izinkan saya berkongsi mengapa semakin besar komitmen, semakin kita perlukan insurans. Jika kita bujang, semestinya komitmen kita tertumpu kepada ibu bapa dan adik-adik. Apabila kita bekerja, sudah tentu kita mahukan kereta, perlu bayarkan rumah sewa, belanja harian dan sebagainya. Tengok-tengok, tiap hujung bulan mesti kering.
Sebenarnya dengan pendapatan bulanan, kita still boleh menyimpan walaupon tak banyak tapi still untuk sebarang kecemasan. Untuk mencapai ke tahap ini, seseorang individu itu perlu sangat berdisiplin dalam mengawal dan merancang perbelanjaan mereka. Jika gaji Rm2,500 saya anggarkan seseorang individu boleh menyimpan sebanyak Rm200 sebulan.Hidup tidak selalu indah, langit tidak selalu cerah...
Andai kata sesuatu yang buruk berlaku terhadap kita, saya rasa kalau kemalangan yang biasa-biasa ok lagi dan tidaklah membebankan sangat. Tapi kalau kemalangan yang memerlukan pembedahan dengan kos yang tinggi, cukup ke simpanan RM200 tu untuk cover semua kos. Rm200/sebulan kalau setahun baru Rm2,400.00. Jika sekiranya sesuatu yang tak elok berlaku kepada kita. Setidak-tidaknya kita dapat meringankan kesedihan dan membalas jasa orang-orang yang kita sayang dengan pampasan yang banyak dari pihak insurans.
Tiada alasan tak stabil dan duit tak cukup untuk membayarkan insurans nie. Kita sanggup habis ratusan ringgit untuk membeli barang-barang branded. Tapi untuk perlindungan pada diri sendiri pon kita kedekut dan tak sanggup.
Komitmen anda akan bertambah besar apabila anda berkahwin dan mempunyai anak. Perubahan gaya hidup yang pantas, kadar inflasi yang tinggi, kos perubatan yang meningkat. Kos pembedahan batu karang di Hospital Swasta sekarang ini pon dah mencecah Rm8,000.00. Bagaimana jika ianya penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Sanggupkah kita apply loan? Penyakit dah sembuh tapi derita lain pulak yang muncul.Kegagalan merancang keluarga anda mampu meranapkan kebahagian anda sekeluarga.
Kita selalu perhatikan isteri/suami yang sakit dan terlantar di rumah. Ada satu kes seorang wanita terpaksa berhenti kerja kerana ingin menjaga anaknya. Appointment yang kerap dan tempoh yang lama di hospital kerajaan merumitkan lagi ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka dalam keadaan betul-betul sihat.
Pernah tak anda fikir,
Aku bayar je insurans setiap bulan tapi tak pernah claim pon. Jika anda fikirkan bayaran anda rasa ianya satu komitmen yang ntah apa-apa. Lihat dari segi manfaat yang anda bakal terima. Caruman anda merupakan bayaran untuk Bayaran Medikal, Savings, Cash Value dan manfaat insurans hayat seperti Kematian,Kemalangan & Sakit Kritikal. Tambahan, jika anda mencarum untuk seisi keluarga. Walaupun anda sihat, anda masih boleh gunakan Medical Card anda untuk anak-anak. Jadi anda boleh utilise kan bayaran bulanan anda pada keluarga. Sangat berbaloi-baloi bukan??
So, rancang kewangan anda mula dari sekarang. Sekian untuk post kali ini, saya doakan muga-muga kita sihat, keluarga ceria serta hidup tanpa sebarang kerisauan. Aminnn, InsyaAllah.
Ikhlas dari perunding takaful anda,
Muhammad Izani Bin Sa'ari
SMS/Call/Whatsapp : 013-4677729
Email : izani.aia@gmail.com
FB Pages : Medical Card Keluarga AIA Takaful
Blog : aiapublic2u.blogspot.com
Website : aiapublic.com.my
No comments:
Post a Comment