IZANI SA'ARI MEDICAL CARD FAMILY TERMURAH

Kenapa Chinese Mengambil Lebih Dari 1 Polisi??


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Selamat berhujung minggu saya ucapkan kepada anda semua!


Pernahkah kita menyelongkar atau mencari mengapa Chinese begitu memandang serius soal insurans mereka. Secara purata, mereka akan mengambil satu atau lebih polisi. Jika dalam polisi sebelum tiada coverage untuk polisi yang baru, mereka akan membayarkan premium untuk polisi yang baru. Sebagai contoh, polisi mereka yang sedia tiada coverage untuk fisioterapi, maka mereka akan memasukkan coverage tersebut dalam polisi yang baru. 


Ada seorang kawan yang kerja kat Kuwait Finance House bercerita yang Chinese akan mengambil insurans sejurus bulan pertama kerja. Gaji RM2,000.00 tapi membayar premium RM300 untuk dirinya sahaja. Bayangkan, RM300 bermaksud perlindungannya adalah 2 kali ganda dari pakej biasa. Orang Melayu kita apabila mendapat gaji yang pertama apa yang kita fikirkan adalah ingin memiliki kereta, beli itu dan beli ini. InsyaAllah, jika ada masa saya akan berkongsi bagaimana untuk kita merancang kewangan.


Antara sebab-sebab utama Chinese begitu menitik beratkan insurans;






Kos Pengebumian Yang Tinggi
Meninggalkan harta yang banyak kepada pasangan & anak-anak

Klaim kemalangan atau kematian di semua polisi
Instant Assets
Kos Perubatan Zero


Mengapa saya memandang serius isu ini?

Antara faktor ekonomi Malaysia di pegang oleh Chinese juga disebabkan insurans. Bayangkan, jika mereka mengambil 3 polisi. Setiap satu polisi rm100,000 untuk manfaat kematian. Maka mereka meninggalkan harta dari insurans sebanyak Rm300,000 untuk pasangan dan anak-anak mereka(tidak termasuk harta dari perniagaan yang mereka jalankan). Dengan Rm300,000.00 pelbagai perniagaan yang mampu mereka jalankan dan perbesarkan perniagaan sedia ada. Hakikatnya ramai orang kita pergi tanpa meninggalkan apa-apa atau istilah lain adalah mati kering. Lebih teruk, mereka terpaksa menangung bebanan hutang-hutang kita.


Kewangan tidak stabil bukan alasan yang kukuh untuk tidak mengambil polisi insurans bahkan anda adalah orang yang paling patut mengambil polisi insurans ini sebagai instant assets yang begitu banyak dan perlindungan semasa dilanda musibah. Kita sanggup berbelanja lebih untuk benda yang kita suka sedangkan untuk perlindungan diri dan orang sekeliling pon kita tak sanggup.


Ada satu kes, seorang peserta AIA Public Takaful. Baru bekerja dia terus amik insurans. Disebabkan keadaan financial yang tidak begitu stabil dia still mengambil insurans walaupun perlindungan yang kecil. Takdir Allah, dia dijemput Ilahi tak lama lepas tu akibat kemalangan. Menangis-nangis emak peserta semasa menerima cheque Rm30,000. Tak sangka yang anaknya masih ingatkan dia. 


Tunjukkan kasih sayang anda hari ini.

Tinggalkan harta yang banyak untuk pasangan dan anak-anak.
Segala benda yang kita buat hari ini, biarlah orang di kehadapan merasa senang.


Ikhlas dari perunding takaful anda,

Muhammad Izani Bin Sa'ari

SMS/Call/Whatsapp : 013-4677729

Email                      : izani.aia@gmail.com
FB Pages                : Medical Card Keluarga AIA Takaful
Blog                       : aiapublic2u.blogspot.com
Website                  : aiapublic.com.my





No comments:

Post a Comment