Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir & Batin.
Tujuan surat ini bertujuan untuk menjelaskan perkara yang sedang berlaku & akan berlaku pada pemegang polisi AIA Public Takaful terumatanya kepada klien-klien di bawah jagaan dan tanggungjawab saya.
Untuk pengetahuan semua, AIA telah membayarkan claim peserta untuk tahun 2017 sejumlah Rm2.7 Billion. Di mana Rm2.12 Billion datangnya dari Claim Perubatan.
AIA begitu serius dalam memastikan servis dan tuntutan claim di mana AIA sentiasa berada pada tahap terbaik sesuai dengan temanya The Real Life Company. Jika di tanya hospital, AIA adalah Pay Master dari dahulu lagi.
Sepanjang usia 70 tahun AIA & 9 tahun AIA menubuhkan AIA Public Takaful. Ini merupakan pertama kali berlaku di mana peruntukan dana Tabarru AIA Public Takaful terpaksa di restructure dan dinaikkan kepada hampir semua pemegang polisi. Ini berikutan kenaikan kos-kos perubatan yang meningkat.
2016-14% inflation
2017-15% inflation
Sehubungan dengan ini, bagi pemegang polisi yang ada coverage medical. Kemungkinan anda akan menerima surat kenaikan harga baru. (0-30%). Sebenarnya perkara ini tidak hanya akan berlaku pada AIA. Tapi telah atau bakal berlaku kepada semua syarikat insurans & takaful.
Saya tahu ianya sukar untuk anda,saya & company. Saya harap anda tidak memberhentikan sijil takaful anda dengan mencari plan yang lagi murah atau bajet di luar sana. Kerana di khuatiri akan turut sama naik dan waiting period anda bermula baru jika bertukar ke polisi takaful di tempat lain.
Bersama dengan penjelasan ini juga saya sertakan sedikit info berkenaan Dana Tabarru’
Apakah itu Dana Tabarru’/ Tabarru’ Fund?
➡️ Sumbangan dari peserta yang di ambil caruman untuk membantu mana-mana peserta yang di timpa musibah
➡️ Dalam aplikasi Takaful, jika sekiranya tidak berlaku tuntutan ke atas perkara yang dilindungi, sumbangan Tabarru’ tersebut berperanan sebagai sumbangan amal jariah yang sangat-sangat istimewa di dalam Islam.
➡️ Tiada istilah ’wang hangus’ diutarakan kerana ianya wang derma yang bakal diganjari jika disertakan dengan niat yang Ikhlas.
No comments:
Post a Comment